Guru langgar pelajar hingga maut belum didakwa, kertas siasatan dirujuk ke AGC

Guru langgar pelajar hingga maut belum didakwa, kertas siasatan dirujuk ke AGC

MOHD. Yusoff Mamat semasa sidang media selepas merasmi Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pendakwaan ke atas seorang guru dipercayai tertekan pedal minyak kenderaan utiliti sukan (SUV) sebelum merempuh pelajar hingga maut di depan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas di sini pada bulan lalu masih belum berjalan.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat bagaimanapun berkata, kertas siasatan kes tersebut sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

“Buat masa ini, guru tersebut masih belum didakwa di mahkamah dan kertas siasatan sudah diserahkan kepada AGC untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas merasmi Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, kemalangan yang meragut nyawa seorang remaja perempuan di sekolah berkenaan dipercayai berpunca daripada pemandu SUV yang tertekan pedal minyak lalu terbabas sebelum merempuh mangsa.

Kejadian pukul 1.50 petang itu turut menyebabkan seorang lagi pelajar perempuan mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan yang dipandu seorang wanita berada di dalam kawasan sekolah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN