Wanita keguguran dibelasah suami

Wanita keguguran dibelasah suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang wanita keguguran selepas mengalami kecederaan teruk dipercayai akibat dipukul suami dalam kejadian di rumah mereka di Ambangan Heights, di sini Khamis lalu.

Mangsa berusia 39 tahun yang juga kakitangan sebuah hospital kini diberikan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) ekoran keguguran selain cedera di badan dan muka.

Bimbang sesuatu lebih buruk berlaku ekoran mangsa menerima ugutan dari suaminya, abang mangsa berusia 45 tahun membuat laporan polis pagi semalam.

“Saya dan ibu mengetahui kejadian itu melalui panggilan telefon rakan adik sebelum bergegas ke hospital, kami terkejut melihat keadaannya yang dipercayai dipukul dengan penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan penyapu selepas mereka bertengkar berkaitan hal rumah tangga,” katanya.

Menurutnya, mangsa berkahwin dengan lelaki itu yang berusia 43 tahun pada Disember lalu, namun difahamkan belum mendaftar perkahwinan mereka di sini.

“Selama mereka berkahwin adik memaklumkan dia sering dipukul tetapi masih merahsiakannya daripada pengetahuan kami sekeluarga. Kejadian terbaru hingga menyebabkan kandungan berusia 12 minggu gugur menyebabkan kami terpaksa masuk campur dan tidak lagi berdiam diri,” katanya.

Tambahnya, lelaki itu turut melarikan barangan kemas dan wang simpanan berjumlah RM50,000 selepas kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanya Ramlan mengesahkan menerima laporan tetapi enggan mengulas lanjut kerana masih menjalankan siasatan di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2017. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN