KANGAR: Pesawah berdepan peningkatan kos operasi sehingga 50 peratus ekoran enaikan harga diesel mencecah RM6.02 seliter. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kos operasi terutama upah jentera menyebabkan mereka terpaksa berfikir panjang untuk memulakan musim baharu tanaman Mei ini. Seorang pesawah, Mohd. Noor Hashim, 63, berkata, pengeluaran padi tersebut bergantung kepada penggunaan diesel bermula jentera membajak, pam air, mesin menuai hinggalah kepada pengangkutan hasil. Katanya, masalah itu ditambah kekurangan sumber bekalan air…










