HAT YAI (THAILAND): Polis merampas hampir 100,000 liter diesel yang cuba di seludup ke Malaysia selepas menyerbu sebuah syarikat logistik dan pengangkutan negara itu di sini, kelmarin. Serbuan pada pukul 10 pagi itu dilakukan menerusi operasi bersepadu antara polis, Pejabat Gabenor Wilayah Songkhla, Kastam dan Eksais, Jabatan Tenaga Wilayah serta pihak berkuasa tempatan di sebuah premis di Ban Danok, Daerah Sadao. Sumber Polis Wilayah 9 berkata, pemeriksaan itu dilakukan selepas…










