PGA tahan 34 pelajar, murid guna pangkalan haram seberang Sungai Golok

PGA tahan 34 pelajar, murid guna pangkalan haram seberang Sungai Golok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 34 pelajar dan murid sekolah hari ini selepas dikesan menyeberangi Sungai Golok dari Thailand melalui pangkalan haram untuk pergi ke sekolah mereka di sini.

Kesemua pelajar dan murid berusia dalam lingkungan tujuh hingga 16 tahun itu ditahan pukul 6.30 pagi.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, kesemua warganegara Malaysia itu menetap di Selatan Thailand dan bersekolah di Rantau Panjang.

Katannya, siasatan mendapati, kesemua mereka termasuk 12 orang perempuan dikesan menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram di sini.

“Kesemua pelajar dan murid itu akan disiasat mengikut Seksyen Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 dan kes tersebut diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Tiada sebarang pengecualian termasuk pelajar sekolah dalam aspek rentas sempadan menggunakan pangkalan haram. Sesiapa sahaja akan ditahan jika didapati melalui jalan yang tidak sah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Radzi memberitahu, pihak tertentu perlu mengambil tindakan bagi menangani isu murid atau pelajar merentas Sungai Golok untuk ke sekolah di Rantau Panjang.

Utusan Malaysia 25 November 2024 lalu melaporkan, larangan rentas sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram yang terdapat di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember ini kekal dan terpakai semua penduduk termasuk pelajar.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Hamzah Ishak bagaimanapun berkata, mekanisme itu akan dibincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melibatkan pelajar Malaysia yang tinggal di Thailand dan menggunakan pangkalan haram untuk ke sekolah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN