JELEBU: Kejadian paip pecah di sebuah kilang kelapa sawit dikenal pasti sebagai punca awal pencemaran Sungai Marong berhampiran Kampung Lakai di sini, kelmarin. Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan, Abdul Aziz Parmin berkata, siasatan awal mendapati paip yang menghubungkan tangki anaerobik ke kolam fakultatif di premis berkenaan telah pecah sehingga menyebabkan kebocoran air buangan kilang tersebut. Menurutnya, kolam berkenaan digunakan bagi merawat air buangan kilang kelapa sawit yang dikenali…










