Letupan kilang mercun India ragut 21 nyawa - Utusan Malaysia

Letupan kilang mercun India ragut 21 nyawa

SEBUAH kilang mercun meletup menyebabkan 21 orang maut di Kakinada. - Foto PTI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 21 orang maut manakala lapan lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah kilang mercun di Kakinada, India pada Sabtu, menurut pegawai tempatan kepada media.

Perdana Menteri India, Narendra Modi, berkata dalam satu hantaran di X berkata, beliau amat sedih atas kehilangan nyawa dan mengucapkan takziah selepas kejadian itu di negeri Andhra Pradesh, bahagian tenggara negara itu.

Agensi berita Press Trust of India memetik kenyataan Menteri Pelancongan negeri itu, Kandula Durgesh yang mengesahkan 21 orang terkorban daripada kira-kira 30 pekerja yang berada di kilang pada masa letupan berlaku.

“Lapan lagi sedang menerima rawatan di hospital,” tambah Durgesh.

Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan ke atas insiden berkenaan yang digambarkan amat menyayat hati oleh Ketua Menteri Andhra Pradesh, N Chandrababu Naidu.

Insiden itu mencetuskan kebakaran besar yang memerangkap ramai orang, namun lima atau enam pekerja terselamat kerana mereka keluar untuk makan tengah hari sebelum letupan berlaku. 

Dentuman kuat letupan itu bergema sehingga lima kilometer jauhnya, memecahkan kepingan konkrit di sebuah sekolah swasta berdekatan dan menerbangkan serpihan ke kawasan sekitar.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital, di mana pengarah hospital melaporkan tujuh pesakit mengalami melecur pada kadar 90 hingga 100 peratus. 

Secara keseluruhan, 18 orang sedang menerima rawatan dan polis telah mengenal pasti 11 daripada mangsa yang maut.

Mercun amat popular di India, terutamanya semasa perayaan Deepavali dan majlis perkahwinan.

Kejadian letupan di bengkel mercun bukan perkara asing dan pada kebiasaannya berpunca daripada pengabaian langkah keselamatan serta penguatkuasaan yang longgar.

Letupan sering berlaku di bengkel pembuatan mercun, biasanya disebabkan pengabaian keperluan keselamatan dan penguatkuasaan yang lemah.

Tahun lalu, satu letupan di kilang bunga api di barat India mengorbankan 21 orang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN