SHAH ALAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mengenal pasti stesen minyak dan syarikat pemborong diesel bagi mengesan sebarang aktiviti mencurigakan dalam penjualan bahan api. Justeru, sebanyak 809 stesen minyak dikenal pasti aktif beroperasi di negeri ini serta 79 syarikat pemborong diesel menjadi perhatian di bawah pemeriksaan Operasi (Ops) Tiris 4.0. Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa’ari berkata, pihaknya mengatur pemeriksaan secara terancang seperti mengenal pasti…










