PADANG TERAP: Sejak ditubuhkan hampir 50 tahun lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Naka yang terletak kira-kira sejam dari ibu negeri ini tidak pernah memiliki pelajar yang mendapat keputusan semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Namun, kali ini sekolah tersebut berbangga apabila dapat ‘melahirkan’ seorang pelajar yang mendapat 7A dan 1A- dalam kesemua lapan mata pelajaran yang diambil pada SPM tahun lalu.
Pelajar itu, Nur Batrisya Zulaikha Hussin, 18, berkata, dia tidak menyangka mampu meraih keputusan cemerlang itu kerana hanya mendapat 3A- pada peperiksaan percubaan termasuk gagal subjek Matematik.
“Saya ulang kaji macam kebanyakan pelajar lain termasuk bangun pukul 4 pagi untuk telaah pelajaran, selain itu saya juga guna media sosial untuk mengikuti kandungan berbentuk ilmiah serta pergi ke kelas tambahan,” katanya.-UTUSAN.










