SHAH ALAM: Selangor akan melaksanakan langkah penyesuaian dan penjimatan dalam penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXII selaras dengan titah perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya melakukan perbelanjaan berhemat. Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata, beliau bersama Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohammed Taufiq Johari akan menghadap Sultan Selangor pada Rabu ini bagi mempersembahkan langkah penjimatan tersebut. Katanya, terdapat cadangan-cadangan diterima bagi melaksanakan langkah penjimatan termasuk…










