KUALA LUMPUR: Sebarang kes rasuah atau penyalahgunaan kuasa di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) negara ini tidak boleh dipandang enteng. Ini kerana, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, ia melibatkan integriti dan tadbir urus institusi pendidikan negara. Katanya, kementerian tidak pernah memandang ringan sebarang isu rasuah meskipun kes yang berlaku dianggap kecil atau terpencil. “Bagi kita, soal terpencil atau tidak bukan perkara yang boleh dianggap enteng.…










