PETALING JAYA: Seorang jururawat, Aishah Rahim mahu mencari waris kepada bayi bernama Darwish Ilham yang kini berusia dua bulan.
Menurut Aishah, 25, Darwish Ilham telah dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 26 Disember 2026 dan telah diserahkan oleh ibu kandungnya kepada beliau.
Beliau kini mahu mencari ibu kandung Darwish Ilham yang dikenali sebagai Farah Rasidi, 36, bagi menyelesaikan isu berkaitan penjagaan.
“Darwish Ilham telah diserahkan kepada saya oleh ibu kandungnya pada 12 Februari 2026 di hadapan seorang pegawai polis di Balai Polis Wangsa Maju,” kata Aishah sambil menambah, selepas itu ibu kandung kepada Darwish Ilham sudah tidak dapat dihubungi.
Aishah meminta ibu kandung bayi itu atau sesiapa yang mengenali beliau untuk menghubungi Aishah Rahim di talian 017-3151708. – UTUSAN










