PETALING JAYA: Harga minyak mentah global berpotensi melonjak melebihi AS$150 (159 liter) setong dalam keadaan tertentu susulan ketidaktentuan konflik geopolitik, meskipun ketika ini masih berlegar antara AS$90 hingga AS$110 setong. Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata, turun naik harga itu bergantung sepenuhnya kepada perkembangan peperangan yang masih belum menemui titik penyelesaian. Katanya, walaupun wujud gencatan senjata, ia tidak semestinya menjamin kestabilan harga minyak…










