KOTA BHARU: Seorang guru yang merempuh pelajar hingga maut dalam kejadian di hadapan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas semalam dibawa ke Mahkamah Kota Bharu disini untuk mendapatkan perintah tahanan reman hari ini.
Suspek berusia 57 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di Mahkamah pada pukul 8.40 pagi dengan menaiki trak.
Media semalam melaporkan, seorang pelajar maut dipercayai dirempuh sebuah SUV di hadapan sebuah surau dalam kawasan sekolah di sini ketika sedang memakai kasut selepas selesai menunaikan solat zohor berjemaah tengahari tadi.
Mangsa Nur Fatimatul Hawa Mohd. Azaudin, 13, yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di lokasi.
Kejadian pukul 1.50 tengah hari turut mencederakan seorang lagi pelajar perempuan yang merupakan rakan kepada Allahyarham Nur Fatimatul Hawa.-UTUSAN










