KOTA BHARU: Industri pembinaan negara termasuk projek-projek kerajaan melibatkan kepentingan rakyat bakal terjejas berikutan kenaikan harga diesel ketika ini disifatkan di tahap ‘luar biasa’ sehingga menekan kontraktor ke titik paling kritikal. Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohd. Rosdi Ab. Aziz berkata, sebahagian besar kontraktor Melayu hampir ‘menyerah kalah’ akibat kos operasi yang melonjak. “Dengan harga diesel sekitar RM6.02 seliter hari ini, ramai kontraktor sudah tidak mampu bertahan. Kenaikan…










