PENDANG: Kira-kira tujuh individu termasuk kanak-kanak didakwa mengalami kecederaan dipercayai akibat terkena mercun bola dalam kejadian di sini, kelmarin. Kejadian tersebut tular di Facebook dan WhatsApp sejak semalam yang memaparkan beberapa mangsa mengalami kecederaan pada muka dan badan selain bahagian but sebuah kereta kemik. SALAH seorang mangsa yang cedera pada muka didakwa akibat terkena mercun di Pendang, kelmarin. Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian difahamkan berlaku…











