MARANG: Rasa lebih lemak berbanding lemang biasa menyebabkan lemang periuk kera semakin digemari apatah lagi juadah tradisional itu pula jarang ditemukan. Bagi peniaga, Nurul Najihah Ismail, 33, dari Kampung Pulau Kerengga di sini, dia sudah mengusahakan jualan lemang periuk kera sejak tahun 2018, iaitu setiap kali tiba bulan puasa dan musim perayaan. Katanya, permintaan terhadap lemang unik itu sangat menggalakkan dan sehingga kini lebih 1,000 biji lemang periuk kera berjaya…










