RON95 200 liter: Pemandu e-hailing paling terkesan

Sifat berjimat akan pengaruhi permintaan pemandu e-hailing

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kebimbangan mengenai peningkatan kos sara hidup dijangka mempengaruhi permintaan e-hailing dan penghantar makanan.

Pengguna yang tidak mendapat manfaat subsidi petrol dan diesel dijangka akan menguruskan perbelanjaan lebih cermat berikutan kenaikan harga bahan bakar itu.

Pemandu e-hailing, Muhammad Hashim, 35, berkata, perubahan kuota itu dijangka mempengaruhi corak permintaan penumpang dalam tempoh terdekat.

“Pengguna mungkin mengurangkan pemanduan sendiri bagi menjimatkan petrol, sekali gus berpotensi meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan e-hailing.

“Bagaimanapun, saya menjangkakan faktor sensitiviti harga dalam kalangan pengguna akan terus menjadi penentu utama, khususnya apabila tambang meningkat pada waktu puncak,” katanya.

Seorang lagi pemandu, Ahmad Badrul, 47, berkata, pengguna kini semakin peka terhadap kos perjalanan, sekali gus memberi tekanan kepada pemandu untuk mengekalkan kadar tambang yang kompetitif.

Katanya, situasi itu memerlukan pemandu lebih bijak merancang waktu operasi bagi mengoptimumkan penggunaan petrol dan pendapatan harian.

“Saya kini perlu menumpukan operasi di kawasan berkepadatan tinggi seperti pusat bandar bagi memastikan kadar tempahan lebih konsisten.

“Saya memilih pendekatan berbeza dengan hanya beroperasi pada waktu puncak dan mengurangkan pergerakan pada waktu permintaan rendah bagi mengelakkan pembaziran bahan api,” jelasnya.

Sementara itu, penghantar makanan, Zulkiflie Makta, 33, berkata, penggunaan petrol bulanannya sekitar 245 liter menyebabkan beliau antara yang terkesan secara langsung dengan pelaksanaan kuota baharu tersebut dan memaksanya menilai semula penerimaan pesanan jarak jauh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN