KLANG: Kementerian Pengangkutan bersedia menyediakan laluan pantas kepada pesara tentera yang berpengalaman membawa kenderaan berat dan trak untuk menjadi pemandu dalam sektor logistik. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia akan dilaksanakan bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) bagi menyelesaikan isu kekurangan pemandu dan memberi peluang kepada pesara bekerja sebagai pemandu kenderaan berat. “Kita selalu dengar syarikat logistik tak cukup pemandu kerana permintaan meningkat tapi pemandu tidak ada.…










