MELAKA: Hasrat seorang pelajar perempuan untuk berpindah dan memulakan kehidupan baharu bersama ibunya selepas Aidilfitri tidak kesampaian apabila remaja itu maut dalam kemalangan di Jalan Tambak Paya, awal pagi semalam. Mangsa, Nur Khairiah Mat Mazlin, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek, sebelum ini merancang untuk tinggal bersama ibunya di Endau, Mersing dan proses pertukaran sekolah dijadualkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ibunya, Zaharah Hamzah, 43, berkata, mereka sudah berbincang…










