Cari punca kejadian banjir di lebuh raya, elak berulang

Cari punca kejadian banjir di lebuh raya, elak berulang

ANTHONY Loke Siew Fook bergambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Perjumpaan Menteri Pengangkutan Bersama Pemimpin Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sikamat, Seremban hari ini.-UTUSAN / NOR SHAFIQAH MOHD GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pihak syarikat konsesi lebuh raya perlu mengenal pasti punca sebenar kejadian banjir kilat di Kilometer 287 Lebuhraya Utara Selatan dekat Nilai di sini semalam yang turut mengakibatkan kesesakan trafik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah tersebut bagi mengelakkan perkara sama daripada berulang dan menyusahkan pengguna.

Kata beliau, punca sebenar perlu dicari termasuk jika ia mempunyai kaitan dengan projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di sepanjang laluan tersebut.

“Sekiranya pembangunan tersebut menjadi punca kepada kejadian banjir kilat, maka pemaju dan kontraktor yang terlibat perlu mengambil tanggungjawab masing-masing kerana kejadian banjir di lebuh raya memberi kesan besar kepada pengguna,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Menteri Pengangkutan Bersama Pemimpin Masyarakat dan Majlis Berbuka Puasa di Sikamat di sini hari ini.

Anthony Loke berkata, kejadian banjir semalam merupakan sesuatu yang serius kerana ia bukan sahaja menyusahkan pengguna jalan raya malah merisikokan keselamatan.

“Selain itu, kejadian tersebut turut menyebabkan kesesakan trafik yang teruk kerana laluan berkenaan tidak boleh dilalui,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN