SHAH ALAM: Bekalan makanan dan barangan keperluan lain di Selangor dipastikan mencukupi bagi mengelakkan berlaku pembelian panik susulan kenaikan harga petrol dan diesel akibat daripada kesan konflik di Asia Barat. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, malah kerajaan negeri mengingatkan supaya rakyat bersedia dengan mental, fizikal dan secara keseluruhan bagi berdepan dengan cabaran yang akan datang. “Saya bukan hendak takutkan, tak perlulah balik selepas ini pergi ke pasar raya…










