KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengakui ada bertemu bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada tahun lalu. Presiden UMNO itu berkata, perjumpaan tersebut sudah lama diadakan bukan dalam masa terdekat ini. “Baru-baru ini tak ada, tapi lama dulu ada. Pada tahun lepas,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita sebaik selesai Sesi Pertemuan Khas Bersama Pengurusan Tertinggi Felda di Menara Felda, di sini…










