KUALA SELANGOR: Bekalan ubat-ubatan bagi penyakit tuberculosis (tibi) dijamin mencukupi walaupun terdapat peningkatan kes baharu di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, bagaimanapun langkah pencegahan perlu diamalkan termasuk etika batuk betul terutama bagi yang bergejala dan memakai pelitup muka ketika berada di tempat sesak. “Insya Allah (bekalan) ubatan-ubatan kita setakat ini masih cukup. “Selain memakai pelitup muka, kita perlu memastikan pengudaraan yang baik di ruang tertutup.…










