KUALA LUMPUR: Pemecatan pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin bukan dibuat dengan sewenang-wenangnya. Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mencari perdamaian dan menyelamatkan parti menerusi siri pertemuan dan perbincangan dengan pihak terbabit. Namun katanya, semua usaha itu tidak berhasil malah ada segelintir pihak yang secara berterusan melakukan sabotaj terhadap parti, bertujuan memecah-belahkan Bersatu dan menggagalkan matlamat…










