Ramadan memilukan buat Mokhtar

Ramadan memilukan buat Mokhtar

MOKHTAR Ismail menaiki motosikal roda tiga ketika menerima sumbangan di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Ketika umat Islam lain bersiap melangkah ke masjid menunaikan solat sunat tarawih, seorang warga emas dari Kampung Kajang Sebidang di sini, hanya mampu melihat suasana itu dari jauh.

Ramadan kali ini paling memilukan buat Mokhtar Ismail, 60, apabila serangan strok dua bulan lalu merentap kudratnya, sekali gus memaksanya melupakan rutin setiap kali tibanya bulan mulia.

“Perasaan sedih memang ada bila terkenangkannya. Ramadan kali ini saya tidak dapat berbuka puasa di masjid, solat berjemaah dan bertarawih seperti kebiasaan.

“Sejak diserang strok, saya tidak dapat berjalan dan tangan menjadi lemah. Hendak bekerja pun sudah tidak mampu sedang­kan masih perlu menyara anak yang bersekolah,” katanya ketika ditemui semasa menerima sumbangan Ramadan daripada Petronas Digital Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kajang Sebidang/Teluk Jering.

Mokhtar berkata, ketika ini dia bergantung sepenuhnya kepada wang dikirim setiap bulan oleh menantunya.

Katanya, dia dan isteri tinggal bersama tiga anak perempuan yang sudah berkahwin di sebuah rumah.

“Sumbangan yang diberikan ini sangat membantu meringankan beban saya dan keluarga untuk menyambut Ramadan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN