KLANG: Petaling merupakan daerah penerima bantuan bagi keluarga asnaf, fakir dan mualaf yang tertinggi melibatkan agihan zakat sebanyak RM6.79 juta kepada 14,778 keluarga. Turut berada dalam tiga kedudukan tertinggi adalah, Klang dan Hulu Langat apabila masing-masing terdapat 13,167 dan 12,212 keluarga dalam golongan itu yang akan menerima agihan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM6.04 juta dan RM5.66 juta. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor), Mohd. Khaidzir Shahari…










