RANTAU PANJANG: Sebanyak 510 kilogram (kg) gula dan 648kg minyak masak bersubsidi diselamatkan daripada diseludup ke negara jiran hasil serbuan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan di Kampung Tasek di sini petang kelmarin. Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Kelantan, Aswadi Jaafar berkata, semasa melakukan rondaan anggota bertugas telah mengesan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu dalam keadaan mencurigakan. Katanya, anggota bertugas terus mengejar…










