PETALING JAYA: Pemulangan RM8.5 bilion hasil rasuah kepada kerajaan dilihat sebagai usaha membanteras ketirisan dana awam, namun kerajaan perlu memastikan pengurusan dana tersebut dibuat secara telus tanpa pilih kasih bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap integriti pentadbiran negara. Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Karim berkata, kejayaan mendapatkan semula dana berkenaan membuktikan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang, namun mendedahkan bahawa rasuah telah berakar umbi secara sistemik. Menurut beliau, dana tersebut perlu disalurkan kepada sektor…










