Pelajar SMK Jeli 1 ditemukan lemas selepas mandi sungai

Pelajar SMK Jeli 1 ditemukan lemas selepas mandi sungai

LOKASI kejadian pelajar Tingkatan 2 ditemukan lemas di Sungai Rabbana, Kuala Long, Jeli, Kelantan hari ini.-IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli 1 ditemukan lemas selepas mandi bersama dua lagi rakannya di sungai Kampung Rabbana, Kuala Long di sini hari ini.

Mayat Putera Aniq Fitri Zulkarnain Mohd. Nordin, 14, ditemukan pafa jarak 10 meter dari dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Hasmin Nasrun Abd. Rahman berkata, seramai 10 anggota termasuk pegawai telah ke lokasi untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.04 malam.

Katanya, mayat mangsa ditemukan selepas 30 minit operasi mencari dan menyelamat dilakukan selepas anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

“Remaja itu pada awalnya gagal dijumpai kerana dihanyut arus deras. Anggota bomba menjalankan operasi mencari kira-kira 30 minit sebelum menjumpai mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasmin Nasrun memberitahu, mayat remaja itu disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan Daerah Jeli sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN