KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor bersedia untuk menerima tindakan pemecatan keahliannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sama seperti dihadapi enam ahli Parlimen lain dari parti itu sebelum ini. Khlir berkata, beliau juga memang menunggu tindakan terhadapnya dikenakan keranamengakui terbuka melawan arus kepemimpinan parti itu. “Saya memang menunggu untuk dipecat. Kami sudah bersedia dengan apa-apa tindakan kerana saya dan beberapa rakan lain secara terbuka melawan arus…










