Kedudukan Hamzah sebagai ketua pembangkang akan dibincang

Kedudukan Hamzah sebagai ketua pembangkang akan dibincang

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan membincangkan kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai ke­tua pembangkang dalam masa terdekat susulan pemecatannya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan itu juga akan melibatkan seluruh ahli Parlimen daripada blok pembangkang.

“Isu ketua pembangkang akan dibincang dalam kala­ngan MP (ahli Parlimen) dan PN dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Bersatu kelmarin memecat keahlian Hamzah selepas Ahli Parlimen Larut itu didakwa me­nge­tuai ge­rakan untuk menjatuhkan ke­pemimpinan Pre­siden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Hamzah, turut dipecat ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dipecat pula ialah Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik) dan Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bemban), pada masa sama seba­nyak sembilan Ketua Bahagian Bersatu juga dipecat.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, walaupun Pas tidak mencampuri urusan dalaman parti lain tetapi terdapat kebimbangan parti terhadap keutuhan PN di mana terasnya adalah antara Pas dan Bersatu.

Katanya, pemecatan beberapa tokoh utama sesuatu parti tentunya meninggalkan kesan besar dan mengambil masa untuk pemulihan.

“Kesalahan mereka adalah kerana mendesak Presiden mengundur diri. Mereka dipecat kerana kesalahan tersebut, kami simpati dengan apa yang berlaku,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN