PETALING JAYA: Jawatankuasa Khas yang dibentuk bagi menyiasat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki adalah tidak meyakinkan dan sekadar bersifat siasatan ‘pentadbiran’. Justeru, satu badan bebas yang dipantau Jawatankuasa Parlimen perlu ditubuhkan segera agar siasatan berhubung dakwaan-dakwaan yang dilemparkan dapat dilakukan secara telus dan menyeluruh, dengan anggota jawatankuasa turut ditambah kepada lima berbanding tiga. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berpendapat, terdapat ‘kecacatan’ mengenai bidang…










