Jasad adik anggota bomba ditemukan lemas selepas lebih 37 jam hilang

Jasad adik anggota bomba ditemukan lemas selepas lebih 37 jam hilang

JASAD adik kepada anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang yang hilang ketika mandi-manda di Pantai Kandis, Bachok, Kelantan pada Selasa ditemukan lemas selepas hilang lebih 37 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan.-IHSAN BOMBA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Selepas lebih 37 jam operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan, jasad adik kepada seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang yang hilang ketika mandi-manda di Pantai Kandis akhirnya ditemukan pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mayat Ahmad Nuruddin Ab. Wahab, 21, ditemukan oleh orang ramai pada pukul 6.55 pagi.

“Jasad lelaki berkenaan ditemukan pada jarak 3.7 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang di Pantai Kandis di sini.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang yang hilang semasa cuba menyelamatkan yang mandi di Pantai Kandis, di sini semalam ditemukan lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali berkata, mayat Ahmad Badrul Naim Ab. Wahab, 32, ditemukan pada pukul 12.15 tengah hari tadi.

Terdahulu, hasrat murni seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang cuba menyelamatkan adiknya yang lemas semasa mandi-manda berakhir tragedi apabila lelaki itu turut hilang di Pantai Kandis, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, anggota bomba terbabit, Ahmad Badrul Naim Ab. Wahab, 32, disedari hilang ketika cuba menyelamatkan adik lelakinya yang berusia 21 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN