PETALING JAYA: Tawaran pinjaman daripada ah long yang cepat dan tanpa banyak syarat menyebabkan ramai terperangkap dengan pinjaman tidak berlesen sehingga menjadi mangsa jenayah siber. Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), T. Saravanan berkata, sindiket pinjaman haram memanfaatkan proses permohonan ringkas tanpa semakan kredit atau dokumen pendapatan bagi memancing individu yang terdesak. Katanya, kelulusan hampir serta-merta menyebabkan peminjam kurang meneliti implikasi sebenar termasuk kadar faedah melampau dan terma…










