TUMPAT: Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor di sini, sesak apabila warganegara Thailand yang mencari rezeki di negara ini pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut ketibaan Ramadan. Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, rakyat negara Gajah Putih itu beratur panjang seawal pukul 7 pagi untuk menyelesaikan urusan perjalanan keluar dari negara ini. Seorang warganegara Thailand, Rahim Dollah, 45, berkata, dia tiba di ICQS Pengkalan Kubor…










