BERA: Aktiviti pelancongan di Tasik Bera di sini, boleh kembali dibuka namun pengalaman pahit yang berlaku di Tasik Chini di Pekan, dekat sini perlu dijadikan pengajaran penting bagi memastikan kelestarian ekosistem tidak tergugat. Presiden Persatuan Ekologi Malaysia (PEM), Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, kerosakan ekologi di Tasik Chini berpunca daripada beberapa faktor termasuk tekanan penggunaan tasik berlebihan, penerokaan hutan dan pembukaan tanah yang menyebabkan hakisan permukaan, selain kegagalan kawasan zon…










