KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta diberi ruang dan masa untuk meneliti impak keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) yang mengisytiharkan tarif diperkenalkan oleh Donald Trump sebagai tidak sah.
Datuk Seri Anwar berkata, ia termasuklah bagi menilai kepentingan dan implikasinya terhadap ekonomi negara.
Perdana Menteri berkata, beliau bersetuju dengan gesaan supaya kerajaan menilai semula Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan AS berdasarkan keputusan Mahkamah Agung AS.
Namun katanya, sebarang keputusan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa.
Ini kerana menurutnya, masih terdapat ruang perundangan di AS termasuk penggunaan Seksyen 232 yang membenarkan tarif khusus sektor serta Seksyen 301 yang membenarkan tarif terhadap negara tertentu oleh Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR).
BERITA LANJUT MENYUSUL











