KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjanji melakukan pembersihan penuh bagi memulihkan imej dan integriti pasukan itu. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman berkata, beliau bersama panglima-panglima ATM yang lain akan melakukan pembersihan menyeluruh. Beliau menegaskan, pengurusan tertinggi ATM di bawah kepimpinannya tidak akan berkompromi dengan perkara atau tindakan yang melanggar tatakelola termasuk aspek pengurusan kewangan dan perolehan. “Itu adalah janji kita, janji saya dan janji semua yang…










