100 negara sertai misi baharu Global Sumud Flotilla ke Gaza

100 negara sertai misi baharu Global Sumud Flotilla ke Gaza

KONVOI Global Sumud Flotilla dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, Palestin, berdepan risiko tindakan agresif tentera Israel. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNIS: Aktivis pro-Palestin yang pernah cuba memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza tahun lalu, merancang untuk berlayar semula ke wilayah terkepung itu bulan depan.

Kumpulan yang dikenali sebagai Global Sumud Flotilla itu berkata, misi baharu yang dijadualkan pada 29 Mac akan menjadi campur tangan kemanusiaan terbesar dalam sejarah untuk Palestin, dengan menggerakkan ribuan peserta dari lebih 100 buah negara.

“Kami akan berlayar dari Barcelona, Tunis, Itali dan banyak lagi pelabuhan lain yang belum didedahkan kepada umum buat masa ini,” kata aktivis Brazil, Thiago Avila, kepada AFP.

Kumpulan itu turut memaklumkan sebuah konvoi darat akan bertolak ke Gaza pada hari yang sama, namun tidak memperincikan lokasi permulaannya.

Tahun lalu, kumpulan kempen ini cuba memecahkan sekatan Israel dengan menghantar bantuan ke Gaza melalui jalan laut pada bulan Oktober, sebelum mereka dipintas oleh pihak berkuasa Israel, ditahan dan kemudiannya dihantar pulang.

Untuk rekod, Israel mengawal ketat sempadan Gaza dan melakukan pemeriksaan rapi terhadap semua bantuan yang masuk ke wilayah tersebut.

Para aktivis menyifatkan tindakan mereka sebagai tindak balas tanpa kekerasan terhadap genosid, kepungan, kebuluran besar-besaran, serta pemusnahan kehidupan awam di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN