PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan memfailkan saman berjumlah RM10 juta terhadap Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Faisal Ismail Aziz berhubung kenyataan didakwa bersifat fitnah berkaitan program Jana Wibawa. Menurut kenyataan, Wan Saiful melalui peguamnya, Tetuan Bahar Rusnan & Associates telah menghantar surat tuntutan bertarikh 3 Disember 2025 yang antara lain menuntut Tun Faisal menarik balik sepenuhnya kenyataan berkenaan yang dibuat menerusi saluran…










