Trump mungkin jumpa Machado minggu depan

Trump mungkin jumpa Machado minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi isyarat mungkin akan bertemu dengan pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado, yang dijadualkan berada di Washington minggu depan.

“Saya difahamkan beliau akan datang minggu depan, dan saya menantikan untuk menyapanya,” kata Trump dalam temu bual bersama pengacara Fox News, Sean Hannity.

Pertemuan itu bakal menjadi yang pertama antara Trump dan Machado, hanya seminggu selepas pasukan ASt menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, serta isterinya, sebelum membawa mereka ke New York untuk menghadapi pertuduhan berkaitan dadah dan pemilikan senjata.

Trump sebelum ini menegaskan Machado tidak mempunyai sokongan atau kredibiliti yang mencukupi dalam kalangan rakyat Venezuela untuk memimpin negara itu.

Beliau juga mencadangkan AS mungkin perlu mengawal Venezuela untuk tempoh bertahun-tahun.

Dalam temu bual sama, Trump berkata, Venezuela, yang kini berada di bawah pentadbiran Presiden sementara Delcy Rodriguez, belum bersedia untuk mengadakan pilihan raya baharu.

“Kita perlu membina semula negara. Mereka tidak boleh mengadakan pilihan raya. Mereka tidak akan tahu bagaimana untuk mengadakan pilihan raya sekarang,” katanya.

Machado sebelum ini menawarkan untuk berkongsi Hadiah Nobel Keamanan dengan Trump, yang mendakwa beliau sebenarnya layak menerima anugerah tersebut.

Pada Khamis, Trump menyifatkan sebagai ‘perkara yang memalukan’ bagi Norway kerana beliau tidak memenangi hadiah itu, yang diputuskan oleh sebuah jawatankuasa Norway.

Beliau turut memberi bayangan Machado mungkin menyerahkan anugerah itu kepadanya ketika mereka bertemu.

“Saya difahamkan beliau mahu berbuat demikian. Itu satu penghormatan besar,” kata Trump.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN