PETALING JAYA: Tiada sebarang lokasi yang benar-benar selamat untuk diadakan aktiviti ladang ternakan babi di Selangor. Sebagai sebuah negeri yang berkepadatan tinggi, adalah sukar untuk negeri ini menyediakan zon penampan mencukupi untuk mengelakkan gangguan bau, pencemaran dan risiko kesihatan berpunca daripada ternakan itu. Setiausaha Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Hafizudin Nasarudin berkata, penternakan babi membawa risiko pencemaran serius melalui sisa najis, bahan kimia, bangkai dan air basuhan kandang. “Pencemaran tersebut…










