ISU pelantikan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) kini menjadi tumpuan ramai apabila nama Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man disebut sebagai calon terkuat bagi mengetuai gabungan itu. Sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Samsuri dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menguatkan desas-desus Menteri Besar Terengganu itu bakal menggantikan Muhyiddin sebagai pengerusi PN. Namun kelmarin, kepemimpinan tertinggi Pas, termasuk…










