SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan memindahkan saki-baki babi yang ditinggalkan dan terbiar di daerah Sepang dalam tempoh tiga bulan. Exco Infrastruktur dan Pertanian, Datuk Izham Hashim berkata, sebanyak 34 daripada 112 ladang ternakan babi masih aktif di daerah itu dan sedang dalam proses pemindahan sebelum kesemua itu ditutup sepenuhnya. Katanya, jumlah babi yang ada ketika ini sudah mengecil angkanya dan rekod 120,000 ekor itu dicatatkan pada November tahun lalu.…










