Dua lelaki mengaku salah seludup karkas babi - Utusan Malaysia

Dua lelaki mengaku salah seludup karkas babi

S. DEVARAJU Naidu (dua kiri) dan P. P Raviendran (tengah) yang dituduh seludup karkas babi dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Setiu di Setiu, hari ini. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Dua lelaki mengaku salah menyeludup sebanyak 228 keratan karkas babi seberat 9,120 kilogram (Kg) dari Thailand di Mahkamah Majistret Setiu, di sini, hari ini.

Tertuduh S. Devaraju Naidu, 38, dan P. P Raviendran, 45, didenda sebanyak RM8,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mereka mengaku salah menyeludup karkas babi bernilai RM246,240 itu pada November tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh tersebut turut berdepan hukuman penjara 10 bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memiliki 228 keratan karkas babi yang ditemukan di dalam motolori kontena sejuk beku tanpa kebenaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.

Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan, Kampung Pak Kancil, Setiu, pukul 3.30 pagi pada 9 November 2023 lalu.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 dan boleh dihukum di bawah Kaedah 17, Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009 yang membawa denda maksimum RM10,000.

Dalam pada itu, Mahkamah turut memerintahkan karkas babi itu dilupuskan secara tanam oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JPV, Mohd. Shahihan Mohd. Tahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Mohd. Shahihan Mohd. Tahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN