SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Pembangunan Bandar Pintar Selangor antara kerajaan negeri dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), semalam. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, sebanyak RM450 juta peruntukan disalurkan kepada Kerajaan Selangor melalui MCMC bagi pelaksanaan pembangunannya. Katanya, MoU tersebut akan memberikan tumpuan kepada tiga bidang utama di bawah penyelarasan dan pemantauan Pusat Pengoperasian Pintar dan Bersepadu…










