KOTA BHARU: Kelantan menerima peruntukan berjumlah RM27.46 bilion bagi melaksanakan 500 projek pembangunan dan infrastruktur menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), sekali gus menjadi antara suntikan pembangunan terbesar untuk negeri ini. Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Jasri Kasim berkata, daripada jumlah tersebut, 118 projek baharu dan 382 projek sambungan kini sedang dipantau secara rapi di bawah Rolling Plan Kelima (RP5). Katanya, antara projek utama yang sedang dilaksanakan adalah pembesaran Jalan…










