NEW YORK: Protes tercetus di beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS) hujung minggu lalu, apabila orang ramai menentang campur tangan ketenteraan pentadbiran Presiden Donald Trump di Venezuela. Demonstrasi itu berlaku walaupun sebahagian komuniti diaspora meraikan penyingkiran Presiden Venezuela, Nicolas Maduro. Protes itu berlangsung ketika orang ramai menyuarakan penentangan terhadap kemungkinan perang dengan Venezuela dan menegaskan operasi Washington menangkap Maduro pada Sabtu serta membawanya ke AS untuk menghadapi pertuduhan pengedaran dadah…











