PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung penubuhan Majlis Eksekutif serta pindaan berkaitan kuasa Majlis Presiden. Menurut sumber, perkara itu telah dipersetujui dalam pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Januari lalu. “Susulan pertemuan tersebut, draf pindaan Perlembagaan PN sepatutnya disediakan oleh Bersatu sebelum diserahkan kepada Pas untuk dibincangkan dan dipersetujui…










